Menu

KENYATAAN AKHBAR OLEH BOYCOTT, DIVESTMENT AND SANCTION (BDS)  MALAYSIA

27 Januari 2017

 

BDS Malaysia ingin menyuarakan kekecewaan kami  terhadap Giant Hypermarket Malaysia kerana  menjual pakaian (seluar) keluaran syarikat dari Israel di rangkaian pasar raya mereka di bawah jenama Shay Shaul.

BDS Malaysia menyeru Giant Hypermarket untuk  menarik balik   barangan ini dan juga jika ada produk-produk lain buatan israeL  dengan serta-merta. Jika tidak, kami akan mengambil langkah-langkah berikut:

 

1. Meminta kerajaan Malaysia  mengambil tindakan terhadap Giant

2. Menjalankan kempen awam di seluruh negara yang bertujuan untuk memboikot Giant.

 

BDS Malaysia juga menggesa rakyat Malaysia untuk membuat bantahan berkenaan perkara ini dengan mengisi borang maklum balas pelanggan  secara online di sini: 

( http://www.giant.com.my/contact-us/contact.aspx )

 

Boikot, Pelupusan dan Sekatan Terhadap Israel (BDS) adalah gerakan global yang bertujuan untuk meningkatkan tekanan ekonomi dan politik terhadap Israel sehingga ia mematuhi undang-undang antarabangsa dan memberhentikan aktiviti pendudukan dan penindasan rakyat Palestin.

 

BDS Malaysia adalah sebahagian daripada gerakan global ini yang kini terdiri daripada NGO, berbagai persatuan agama, kesatuan sekerja, persatuan akademik dan pelajar serta penerima anugerah Nobel untuk keamanan.

 

Gerakan BDS antarabangsa telah berjaya  berkempen menentang syarikat perniagaan yang bersubahat dalam kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. BDS Malaysia tidak akan teragak-agak untuk turut serta dengan kempen terhadap Giant jika Giant masih berdegil untuk menjual produk syarikat Israel.

Kami harap Giant akan membuat keputusan yang sewajarnya tentang perkara ini secepat  mungkin.

Terima kasih.

 

Prof Mohd Nazari Ismail, PhD.

Pengerusi, 

BDS Malaysia

http://bdsmalaysia.com/h/

Last modified onSaturday, 28 January 2017 04:15
back to top