Menu

#GazaDiserang | 10 Fakta Ringkas

1. Tentera Zionis Israel melancarkan satu operasi rahsia (covert operation) untuk menculik Nour al-Baraka, Komander Briged al-Qassam di Khan Younis, Gaza pada 11 November 2018.

2. Operasi dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang empat orang tentera Israel yang masih ditawan oleh Briged al-Qassam sejak tahun 2014.

3. Operasi berjaya dihidu oleh Briged al-Qassam dan mencetuskan pertempuran kecil. Seorang tentera Israel terbunuh dan seorang lagi cedera. Komander Nour al-Baraka turut terkorban.

4. Tentera Zionis Israel melancarkan serangan backup udara untuk melindungi pengunduran tenteranya menyebabkan 6 orang ahli Briged al-Qassam terbunuh.

5. Pembunuhan ini mencetuskan serangan balas dari Gaza diketuai oleh Briged al-Qassam. Lebih 300 roket dilancarkan dan 70 berjaya dipintas oleh sistem Iron Dome.

6. Sebuah bas milik tentera Zionis Israel di wilayah Sha'ar Hanegev turut menjadi sasaran peluru berpandu Briged al-Qassam sebagai amaran awal menyebabkan seorang tentera Zionis Israel cedera parah.

7. Israel turut melancarkan serangan dengan mensasarkan stesen TV al-Quds, bangunan milik kerajaan dan lokasi latihan Briged al-Qassam. 3 orang dilaporkan terkorban.

8. Situasi di Gaza semakin meruncing sejak Mac 2018 apabila perhimpunan #GreatReturnMarch (GRM) di sempadan Gaza-Israel bertukar menjadi lapang sasar tentera Zionis Israel. Lebih 200 orang telah terkorban.

9. Pembunuhan Nour al-Baraka berlaku ketika rundingan damai dengan pengantaraan PBB, Mesir dan Qatar semakin menunjukkan hasil.

10. Pembunuhan Nour al-Baraka mengundang kemungkinan perang di Gaza sepertimana pembunuhan Ahmed al-Jabari (2012) dan cubaan bunuh ke atas Mohammad Deif (2014).

#SHARE kepada orang ramai.

 

Sumber: Aqsa Syarif, Palestine Centre of Excellence (PACE)
 
.
 
Gaza memerlukan ubat-ubatan segera! Hulurkan sumbangan anda di: www.billplz.com/ubatuntukgaza
 
Mohon SHARE. Terima Kasih.
 
#GazaUnderAttack #Palestine #PrayForGaza #StopTheBombing #EndGazaSiege #HentikanKepunganGaza #BebasGaza
More in this category: « Stop Eurovision being in Israel
back to top