Menu

Kenyataan Media dari BDS Malaysia

 

31 Mac 2018

 

BDS Malaysia mengambil perhatian bahawa 15 rakyat Palestin yang tidak berdosa telah ditembak mati oleh askar penembak jauh rejim Zionis Israel semasa mereka mengambil bahagian di dalam Perarakan Pulang Besar-besaran (Great Return March) yang aman yang diadakan semalam di Gaza. 

Perarakan tersebut bertujuan memperingati Hari Tanah Air (Land Day) iaitu kejadian pada 30 Mac 1976, di mana enam rakyat Palestin yang juga tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam oleh askar rejim Zionis Israel. Mereka telah mengambil bahagian di dalam satu tunjuk perasaan membantah keputusan rejim Zionis Israel merampas tanah-tanah yang dimiliki oleh rakyat Palestin. 

Di samping itu perarakan Great Return March adalah untuk memaklumkan kepada masyarakat dunia bahawa hak pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air mereka masih tidak dihormati oleh rejim Zionis Israel.

 BDS Malaysia menyeru kerajaan Malaysia dan semua rakyat Malaysia untuk mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan tentera rejim Zionis Israel membunuh 15 rakyat Palestin yang tidak berdosa semalam. 

 BDS Malaysia menyeru kerajaan Malaysia mendesak masyarakat antarabangsa untuk menangkap dan menghukum mereka yang bertanggungjawab dengan pembunuhan zalim semalam yang melanggar undang-undang antarabangsa.

 BDS Malaysia menyeru kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia untuk terus memberi sokongan padu kepada perjuangan mulia rakyat Palestin untuk membebaskan bumi Palestin dari cengkaman zalim rejim Zionis Israel.

 BDS Malaysia menyeru kerajaan dan rakyat Malaysia untuk menyokong gerakan BDS antarabangsa dalam usaha memboikot rejim Zionis Israel dan organisasi-organisasi yang membantu kezalimannya.

Last modified onMonday, 02 April 2018 02:03
back to top