Menu

PELEPASAN AHLI MISI FLOTILA KE GAZA 2018: JUST FUTURE FOR PALESTINE (JFP)

PELEPASAN AHLI MISI FLOTILA KE GAZA 2018: JUST FUTURE FOR PALESTINE (JFP)

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sukacita menjemput semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk bersama-sama kami menghantar wakil Malaysia ke Misi Flotila ke Gaza 2018: 'Just Future for Palestine' (JFP) seperti butiran berikut:

Tarikh: 18 Mei 2018 (JUMAAT)
Masa: 9.00 malam
Tempat: KLIA (Balai Pelepasan, Tingkat 5, berhampiran pentas)

Misi JFP 2018 ini adalah kesinambungan kepada Misi Women's Boat to Gaza (WBG) 2016 yang disertai oleh dua orang srikandi Malaysia - Dr. Fauziah Mohd Hasan dan Pn. Norsham Abu Bakar, dua tahun lalu.

Misi ini merupakan usaha berterusan MyCARE dan rakan-rakan dalam gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza yang telah berlanjutan lebih 10 tahun.

InsyaAllah untuk misi kali ini Malaysia akan mempunyai 10 orang wakil untuk menyuarakan sokongan dan solidariti rakyat Malaysia bersama perjuangan rakyat Palestin. 

Kumpulan pertama yang diwakili oleh Tn. Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar, CEO MyCARE dan Prof. Mohd Nazari Ismail, Pengerusi BDS Malaysia, akan berlepas ke Copenhagen, Denmark ESOK untuk menyertai pelayaran ini. 

Sama-sama kita doakan misi yang dilaksanakan dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT. 

Jumpa di sana!

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi MyCARE

Last modified onFriday, 18 May 2018 02:09
back to top